Dosa dan Kehinaan

Dosa Dan Kehinaan


Ketaatan adalah jalan untuk meraih kemuliaan dari sisi Allah sedangkan maksiat adalah jalan yang menyampaikan pelakunya kepada kehinaan dari Allah. Apabila seseorang manusia itu hina, maka tidak ada lagi yang dapat memuliakannya.

Firman Allah Ta’ala

Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik (Fathir :10)

Untuk meraih kemuliaan, jalan terbaik adalah taqwa kepada Allah. Melakukan segala peritah dan menjauhi segala larangannya dan dengan itu barulah dia dimuliakan oleh Allah dan terjaga dari dosa-dosa.

Berkata Ibnul Mubarak rahimahullah

رأيت الذنوب تميت القلوب وقد يورث الذل إدمانها

Sesungguhnya aku melihat dosa mematikan hati dan kadang-kadang mewariskan kerendahan. (Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman no. 7300)

Firman Allah azza wa jalla,

Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya (a-Hajj :18)

Hasan al-Bashri rahimahullah berkata,

هانوا عليه فعصوه ولو عزوا عليه لعصمهم وإذا هان العبد على الله لم يكرمه أحد

Kehinaan menimpa mereka kerana mereka bermaksiat. Dan jika mereka itu mulia, maka Allah akan memelihara mereka (dari bermaksiat). Dan jika seorang hamba dihinakan oleh Allah, maka tidak ada seorang pun yang dapat memuliakannya. (Atsar ini disebutkan oleh Ibnu Qayyim di dalam kitabnya al-Jawabul Kafi, Raudhatul Muhibbin dan juga disebutkan oleh Ibnu rajab di dalam Jami’ul Ulum wal Hikam. Namun Syaikh DR Mahir bin Yasin al-Fahl menyatakan atsar ini berasal daripada Abu Sulaiman ad-Darani sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam Hilyatul auliya’ 9/261 dan juga al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman 5/447 dengan lafaz هانوا عليه فتركهم وعصوا ، ولو كرموا عليه منعهم عنها –Allahu a’lam-)

Alangkah ruginya manusia yang hina pada pandangan Allah. Dia jauh dari rahmat dan petunjuk dari Allah. Lalu, setelah dia dihinakan oleh Allah, hanya Allah sajalah yang berkuasa dan berkehendak untuk memuliakannya.

Tidak sekadar itu, apabila manusia itu dihinakan oleh Allah, maka Allah akan menjadikannya juga orang yang hina di sisi makhluk-Nya yang lain. Di mana, para binatang yang melata melaknat mereka. Kerana dosa-dosa yang mereka lakukan menyebabkan makhluk yang lain merasakan azab yang sama.

Berkata Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu

إن الحبارى لتموت في وكرها من ظلم الظالم

Sesungguhnya Hubara (sejenis burung) mati di tangan orang-orang yang membuat kezaliman (berdosa) (Riwayat Ibnu Jarir di dalam tafsirnya, 17/233)

Disebabkan kerana orang-orang yang membuat dosa-dosa dan kezaliman, maka binatang yang lain mendapatkan kebinasaan. Bahkan, binatang tersebut juga merasakan azab yang ditimpakan oleh Allah kepada alam ini lantaran kerana dosa-dosa manusia. Tidak kira samada hujan atau kemarau yang ditimpakan ke atas manusia, namun binatang-binatang dan haiwan-haiwan turut merasakan kesengsaraannya.

Mujahid rahimahullah pula berkata,

البهائمُ، تلعن عُصاةَ بَني آدم

Binatang ternak melaknat bani adam yang berdosa (Riwayat Ibnu Jarir at-Thabari 3/255)

Berkata Ikrimah rahimahullah

دواب الارض وهوامها حتي الخنافس والعقارب يقولون منعنا القطر بذنوب بني آدم

Binatang-binatang yang melata di muka bumi dan juga bintang buas, sehinggakan kumbang dan kala jengking berkata, Kami dihalangi oleh hujan dikeranakan dosa-dosa Bani Adam.” (Riwayat Ibnu Jarir di dalam Tafsirnya 3/255)

Begitulah pengaruh dosa ke atas seseorang. Bukan sahaja dihinakan oleh Allah, bahkan dilaknat juga oleh makhluk yang lain. Kita memohon kepada Allah untuk menjauhkan diri kita daripada dosa-dosa dan maksiat kepada-Nya dan dari itu kita akan mendapatkan kemuliaan dari-Nya dan taufiq untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya.

اللهم أعزني بطاعتك ولا تذلني بمعصيتك

Untuk penjelasan mengenai bahaya dosa dan kutukan ke atas orang yang berdosa, marilah kita mengambil manfaat daripada nasihat yang disampaikan oleh al-Ustadz Muhammad Umar as-Sewed hafizahullah. Silakan download

Download di sini

2 comments so far

  1. Nawawi on

    asSalaamu ‘alaikum… Bila nak forward buku kat aku?

    • abuhura1rah on

      wa’alaikumussalam..nak forward dah ni..hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: