Antara Mencari Kesalahan Ulama Dan Memberi Nasihat

Antara Mencari Kesalahan Ulama Dan Memberi Nasihat


Daripada Tamim ad-Dari radiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Agama itu adalah nasihat. (beliau mengulangnya 3 kali) kami berkata, kepada siapa ya Rasulullah? Beliau menjawab, ‘Bagi Allah, kitab-kitabnya, Rasul-Nya, imam-imam kaum muslimin dan seluruhnya.” (HR Muslim no. 7 Jami’ul ‘Ulum Wal HIkam)

Nasihat memiliki beberapa ragam dan bentuk. Ada yang berupa kata-kata berhikmah dan lembut, ada pula yang berbentuk kata-kata keras yang dianggap pedas. Memberi nasihat adalah tugas para ulama, du’at (pendakwah-pendakwah) dan orang-orang yang mampu untuk menyampaikan nasihat apabila terjadi perkara kemungkaran dalam rangka amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Perlukan Peringatan Diberikan Dengan Menggunakan Bahasa Yang Kasar?

Sebahagian orang menyangka bahawa memberi nasihat adalah menggunakan bahasa yang sopan dan lembut, diibaratkan seperti apabila memijak semut tidak akan mati dek kerana kelembutannya!!! Jelas ini pemikiran yang salah. Tidakkah mereka melihat sunnah Nabi apabila melihat kemungkaran atau kesalahan di depannya, beliau memberikan nasihat mengikut kadar yang diperlukan apakah perlu dengan lemah lembut atau tegas (dengan bahasa yang lain bahasa yang keras).

Contoh pertama: Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menasihati orang arab badwi yang kencing di masjid, nabi menyampaikan dengan cara yang lembut sedangkan para sahabat yang berada di sekeliling beliau menahan kemarahan terhadap lelaki itu.

Contoh kedua: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memarahi Muadz bin Jabal kerana mengimami solat dengan lama sehinggakan hal tersebut diadukan kepada Nabi.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ‘Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan kedua tangan, salah satunya mencuci tangan yang lain namun boleh saja kotoran (yang melekat di tangan) tidak dapat hilang kecuali dengan cara (pembersihan) yang kasar/keras. Namun (cara keras) seperti itu benar-benar mendatangkan kebersihan dan kehalusan pada tangan yang membuat kita memuji cara yang kasar tersebut.’ (Majmu’ al-Fatawa, dinukil dari Obyektifitas Dalam Mengkritik, Syaikh Rabee’ al-Madkhali )

Perumpamaan yang dibawakan oleh Syaikhul Islam di atas menunjukkan perlunya memberi nasihat dengan bahasa yang keras dalam rangka memperbaiki keadaan orang yang dinasihati dan umat sekeliling.

Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha, ‘Seorang lelaki meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau berkata,

Izinkanlah lelaki tersebut masuk, kerana dia termasuk seburuk-buruk sanak saudara.” (HR Bukhari no. 6032)

Al-Imam Bukhari berhujah dengan hadits ini bahawa dibolehkan mengumpat ke atas orang yang membawa kerosakan dan syubhat sebagaimana di dalam bab di kitab Shahih nya, ‘Ma Yajuzu Min Ightiyabi Ahlil Fasadi War Rihab’ –Bentuk Ghibah yang diperbolehkan terhadap orang-orang yang membawa kerosakan dan peyimpangan-.

Al-Imam Ibnu Hajar berkata, ‘Para ulama berkata, ghibah dibenarkan pada setiap tujuan yang benar dalam syariat...begitu juga apbila seorang pelajar mendatangi seorang mubtadi’, atau seorang yang fasiq dan ditakuti si pelajar tadi mengkuti jejak langkah si mubatdi’ atau orang yang fasiq tadi. Di antara yang boleh dilakukan ghibah terhadap mereka adalah pihak-pihak yang melakukan kefasikan atau kezaliman atau kebid’ahan secara terang-terangan.’ (Fathul Bari Kitabul Adab)

Penulis bukanlah orang yang bebas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan dan tidak pula menjadikan tulisan ini sebagai rujukan muktamad. Semuanya perlu dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah serta dibimbing oleh para ulama ahlu sunnah wal jamaah. Sedangkan mereka telah menyebutkan kesalahan dan penyimpangan al-Qardhawi antaranya:

  1. Sikap meremehkan masalah aqidah (terutama dalam masalah asma’ wa sifat)
  2. Menolak hadits dengan ra’yunya
  3. Meninggalkan sikap wala’ wal bara’
  4. Menghalalkan muzik
  5. Mendahulukan aqal daripada naql

Apabila para ulama memberi nasihat dan tahdzir ke atas Dr Yusuf al-Qardhawi di atas kesalahannya di dalam pelbagai subjek agama baik dari segi aqidah, manhaj, hadits, tafsir dan lainnya, apa yang kita dapat  lihat pada hari ini berbeza dengan generasi terbaik umat ini di kurun terawal. Apabila para ulama mutaakhirin memberi nasihat dan tahdzir, ramai golongan baik dari orang awam maupun ustaz dan da’i yang menolak dan bermati-matian membela kesalahan yang telah dilakukan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi sehingga muncullah tuduhan, cercaan ke atas para ulama secara senyap-senyap dan tikaman keras ke atas para du’at salafiyin yang menyampaikan amanah agama kepada umat oleh para antek-antek al-Qardhawi baik golongan hizibiyun dan orang-orang yang mengaku salafi.

Mereka membela al-Qardhawi dengan mengatakan bahawa orang-orang yang men-jarh al-Qardhawi sebagai orang yang berlagak alim berbanding dengan Syaikh al-Qardhawi. Ada pula yang berkata, perbuatan jarh sebagai fitnah, tuduhan, umpatan, mencela dan sebagainya yang mereka rasakan perlu dicopkan ke atas orang yang menjarh atau yang membawakan tulisan-tulisan yang berbau jarh.

Semua ini dilakukan dalam upaya untuk mengesankan (mempengaruhi) umat agar menjauhi jarh ke atas al-Qardhawi dan yang sering mereka bangkitkan adalah semua ini adalah masalah khilafiyah. Juga tidak lari segala cemuhan mereka kepada ustaz atau da’i (yang mengedepankan masalah ini) dengan tujuan untuk mementahkan fatwa-fatwa ulama ke atas al-Qardhawi.

Seterusnya, untuk kita menghadapi isu ini dengan lebih adil dan bersikap terbuka, beberapa perkara yang perlu kita kenal antaranya:

  1. Manhaj ahlu sunnah dalam mengkritik
  2. Kesepakatan ulama ahlu sunnah dalam satu-satu masalah contohnya asma’ wa sifat
  3. Meneliti hujjah kedua-dua belah pihak
  4. Mengembalikan masalah ini kepada ahlinya.

Dengan itu barulah kita selamat dari terjatuh ke dalam perangkap syaitan yang terdiri dari manusia yang menyeru kepada hawa nafsu dan kesesatan sehingga meninggalkan al-Quran dan Sunnah.

Apa yang menduka citakan adalah sikap sebahagian orang yang mengambil fatwa dan ilmu dari Dr al-Qardhawi, mereka mencela orang-orang yang mengkritik beliau baik dari kalangan ulama atau da’i. Lihat saja apabila mereka menuduh ulama-ulama yang mengkritik dengan tuduhan ‘Ulama yang keras’, ‘ghuluw’, tidak bersikap muwazanah, menfitnah dan lain-lain. Ada pula yang menganggap tindakan mengkritik dengan bahasa yang kasar sebagai tindakan yang biadap dan kurang ajar. (Akan ada sedikit catatan mengenai mereka-mereka ini dipembahasan di belakang –InsyaAllah-)

Tuduhan mereka yang berdiri di atas tunjang yang rapuh ini mereka tujukan ke atas pengkritik secara tidak langsung mengena kepada para ulama ahlu sunnah wal jamaah. Sedangkan para ulama tersebut merupakan orang yang menjaga agama ini dari penyelewengan dan penyimpangan sebagaimana di dalam hadits dari Ibrahim bin Abdurrahman al-‘Udzri  radiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

Agama ini akan dipikul oleh setiap orang-orang yang adil pada setiap generasi. Mereka akan menbantah tahrif orang-orang yang menyimpang, penipuan orang-orang yang melakukan kebatilan dan ta’wil orang-orang yang jahil”. (Hadits Shahih riwayat al-Baihaqi, no. 248 Misykatul Mashabih)

Para ulama bangkit membantah penyelewengan al-Qardhawi baik dari segi tulisan dan fatwa-fatwa. Tidak sedikit dari mereka yang membantah al-Qardhawi antaranya:

1. Syaikh Abdulllah Bin Abdullah Bin Baaz (Fatwa mengenai Ikhtilath dan kerjasama bersama dengan Yahudi)
2. Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin (Fatwa mengenai ucapan al-Qardhawi –Allah menjelmakan rupanya-)
3. Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (Kitab dan Fatwa bantahan terhadap Muzik)
4. Syaikh Muqbil al-Wadi’i (Kitab al-Radd ‘ala al-Qardhawi, al-Radd al-Kawi Fi Iskat al-Kalb al-‘awi Yusuf bin Abdullah al-Qardhawi –Mendiamkan anjing yang menggongong Yusuf bin Abdullah al-Qardhawi)
5. Syaikh Rabee’ al-Madkhali (Banyak fatwa-fatwa Syaikh yang menasihati agar menjauhi karangan-karangan Syed Quthb, al-Ghazali dan termasuk juga al-Qardhawi)
6. Syaikh Yahya Ali al-Hajuri ( Kitab Syar’iyyatud Du’a)
7. Syaikh ‘Ubaid al-Jabiri (Fatwa Syaikh dalam membantah al-Qaidah al-Dzahabiyah)
8. Syaikh Sulaiman al-Kharasyi (Kitab al-Qardhawi Fil Mizan –Pemikiran al-Qardhawi di dalam pertimbangan-)
9. Syaikh Ahmad bin Manshur al-‘Udaini (Kitab Raf’ul Litsam –Membongkar kedok Qardhawi-)
10. Syaikh Sholeh Fauzan al-Fauzan (Kitab al-I’lam binaqdi al-Kitab al-Halal wal Haram)
11. Syaikh Ahmad bin Yahya an-Najmi (Fatwa dan Syaikh banyak memberi sokongan dan dorongan ke atas para ulama dan du’at yang membantah al-Qardhawi dan lain-lain, hal ini kita dapat lihat di dalam muqaddimah buku Raf’ul Litsam)
12. Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Imam (Ta’liq ke atas kitab Raf’ul Litsam)
13. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab al-Washabi (Ta’liq Kitab Raf’ul Litsam)
14. Syaikh Zaid Bin Muhammad al-Madkhali (Di muqaddimah al-Irhab wa atsarihi ‘ala al-Ifradi Wal Mujtami’)
15. Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali (Fatwa Syaikh membantah al-Qardhawi mengenai sikap seorang muslim terhadap orang kafir)
16. Syaikh Shalih bin Sa’ad as-Suhaimi (Fatwa Syaikh terhadap Yusuf al-Qardawi mengenai bukunya Wujudullah)
17. Syaikh Faishol al-Hasyidi (Limadza Taraktu Da’watal Ikhwanul Muslimin)
18. Syaikh an-Naqid Falih bin Nafi’ al-Harabi (Ta’liq ke atas kitab Raf’ul Litsam)
19. Syaikh Nashr bin Fahd (Khulashatu Ba’dho afkar)
20. Syaikh Ali Hasan al-Halabi (Kitab Aqlaniyun)

Semuanya masih di dalam kerangka memberi nasihat dan peringatan supaya orang yang diingatkan (tahdzir), yang dibantah (radd) ingin kembali kepada kebenaran.

Oleh kerana terlalu banyak kesalahan dan penyimpangan Dr al-Qardhawi, maka semakin jelas dan tersebar fatwa-fatwa ulama dalam upaya menjauhkan umat daripada penyimpangan Dr al-Qardhawi. Semua ini dapat kita melihat melalui tulisan-tulisan, fatwa (baik tulisan dan suara) al-Qardhawi dan bantahan ulama tersebut bukannya sekadar mencari kesalahannya seperti yang didakwa oleh sebahagian orang.

Jika ada yang berfikiran bahawa para ulama mengkritik al-Qardhawi dan yang seangkatan dengannya (seperti Ikhwanul Muslimin) sebagai mencari-cari kesalahan, maka ini sikap kebodohan dan kesombongan yang besar. Bahkan menuduh para ulama Ahlu Sunnah bersikap dengki terhadap orang-orang tersebut. Orang yang melakukan hal sebegini tidak lain adalah pengikut hawa nafsu yang bercakap tidak berlandaskan dalil dan hujah.

Lihat saja, apabila mereka menuduh para ulama menfitnah Dr al-Qardhawi, apakah mereka mempunyai bukti? Dan apa yang ingin mereka katakan dengan tulisan dan fatwa al-Qardhawi yang menyalahi ijma’ dan manhaj salaf contohnya dalam masalah asma’ wa sifat?

Mereka mempunyai sikap ta’shub yang sangat tebal sehinggakan sanggup menuduh para ulama dengan tuduhan keji seperti ini. Jika hendak dibandingkan dari sudut ilmu mereka dengan para ulama, mereka jauh ketinggalan tapi kerana kesombongan dan keta’shuban mereka, mereka bertindak melebihi orang yang alim. Mereka memekakkan telinga dan membutakan mata mereka dengan mendiamkan kesalahan al-Qardhawi, dan mereka juga berjuang bermati-matian untuk menutup kesalahan tersebut.

Bagaimana mungkin kemungkaran dan penyelewengan (samada secara sedar atau tidak) di dalam tulisan dan fatwa al-Qardhawi boleh didiamkan? Apakah kita rela membiarkan kemungkaran tersebar sehinggakan manusia terpesong dari manhaj ahlu sunnah wal jamaah?

Orang-orang yang mendiamkan dan menutup serta menyembunyikan kesalahan tersebut adalah orang-orang yang jahil terhadap sunnah Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam. Di mana natijah yang timbul dari fatwa yang salah oleh al-Qardhawi, menyeru kepada bid’ah dan kesesatan, maka hal ini membuatkan para ulama tidak mendiamkan kesalahan tersebut malah mereka menerangkan kesalahannya dan menasihati umat untuk menjauhi berdasarkan kepada kaedah-kaedah syarie.

InsyaAllah akan datang keterangan-keterangan para ulama mengenai Dr Yusuf al-Qardhawi.

Allahu Ta’ala a’lam

Artikel ini saya tujukan khas buat sahabat-sahabat yang berada di dalam laman sesawang al-Fikrah.Net

Maraji’ website

  1. Sahab.net
  2. Al-Ajurry.net
  3. Ibnusarijan.blogspot
  4. Salafy.or.id
  5. Darussalaf.or.id

Maraji’ Kitab

  1. الإعلام بنقد كتاب الحلال والحرام في الإسلا
  2. تعزيز الرد الكاوي لإسكات الكلب العاوي يوسف بن عبد الله القرضاوي
  3. خلاصة بعض أفكار  الشيخ يوسف القرضاوي  عفا الله عنا وعنه
  4. شرعية الدعاء على الكافرين
  5. القرضاوي في الميزان(Telah ada edisi terjemahan, Pemikiran Al-Qardawi Dalam Timbangan)
  6. رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشريعة الإسلام (Telah ada edisi terjemahan, Membongkar Kedok Qardhawi)
  7. Fathul Bari -Syamilah-
  8. Misykatul Mashabih -Syamilah-
  9. Jami’ul ‘Ulum wal Hikam -Syamilah-
  10. Obyektifitas Dalam Mengkritik, Syaikh Rabee’ al-Madkhali
  11. Menebar Dusta Membela terroris Khawarij, Ust Luqman Ba’abduh

4 comments so far

  1. abuhura1rah on

    assalamualaikum..
    lebih besar lagi kebodohan mereka apabila mencari takwil-takwil kesalahan al-Qardhawi, mereka bertindak seolah-oleh lebih alim daripada para ulama!!!
    Allahu akbar, sikap apa yg mereka tonjolkan ini? membela kesalahan dan menutupnya pada sebahagian perkataan yang membawa kepada kesesatan?!!

  2. abuhura1rah on

    keduanya:
    saya melihat masih ada yang tidak memahami manhaj ahli sunnah wal jamaah dalam mengkritik. dengan hanya menjustifikasikan populariti buku2 yang beredaran di segenap penjuru dunia cthnya seperti fiqh al-aulawiyat, tafsir fi zhilal dsb mereka menetap seseorang itu berada di atas kebnaran.
    Allahu akbar, tidak kah mereka mengetahui di ahkir zaman akan terjadi perpecahan dan majoriti adalah yg sesat dan menyimpang?
    saya tidak menyatakan secara jelas kelompok mana kerana perlu dibahaskan dgn lebih panjang, cumanya apa yg kita perlu lihat hadis iftiraqul ummat yg menunjukkan majoriti manusia berada di atas kesesatan..Allahu a’lam

  3. abuhura1rah on

    sekali lagi mereka bertindak sok alim..
    mementahkan fatwa dan nasihat ulama.
    sedangkan mereka tidak membawakan bukti, cuma dengan beberapa patah ayat, ditolak dan dicela fatwa ulama..
    Allahul musta’an..semoga Allah memberikan hidayahnya kepada kita

  4. abuhura1rah on

    untuk makluman, saya menerima fatwa Syaikh Ubaid yang menyatakan buku-buku Syaikh Ali Hasan yang lama bisa lagi dimanfaati melainkan buku-bukunya yang terbaru..Allahu a’lam


Tinggalkan Jawapan kepada abuhura1rah Batal balasan