Pro-Kontra Zikir Jama’ie

Pro-Kontra Zikir Jama’ie


Pernyataan: Tidak mungkin berzikir secara berjemaah terlarang, bukankah telah ada hadis dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menganjurkan zikir secara berjemaah? Antaranya :

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Tidak duduk satu kaum yang mereka mengingat Allah azza wa jalla, melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, dan mereka diliputi rahmat dan turun ketenangan atas mereka, dan Allah menyebut mereka di hadapan makhluk (para malaikat) yang ada di sisi-Nya” (Hadis riwayat Muslim 8/72)

Sabdanya lagi dari jalan Abu Hurairah “Tidak berkumpul satu kaum di satu rumah-rumah Allah (masjid), yang mereka membaca kitab Allah dan saling mempelajarinya di antara mereka melainkan turun atas ketenangan dan mereka dilipui rahmat dan mereka dikelilingi oleh para malaikat dan Allah sebut mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim 8/71)

Jadi, dari dua hadis di atas dapat difahami bahawa majlis zikir iaitu berzikir bersama-sama atau berjamaah adalah dianjurkan. Lalu bagaimana ada dikalangan manusia yang mengatakan bahawa ia adalah terlarang? Dengan zikir berjamaah, ketenangan turun, malaikat menaungi para pelakunya dan nama mereka disebut di sisi Allah.

Jawapan: Ya memang betul hadis berkenaan menunjukkan bahawa zikir berjemaah itu dianjurkan. Namun, apa yang wajib kita ketahui mengenai masalah ini ialah, bagaimana zikir yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Kerana telah ada larangan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ke atas orang-orang yang berzikir secara berjamaah sebagaimana di dalam hadis:

Abu Musa beliau berkata, “Kami pernah bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam suatu perjalanan, lalu ramai mengucapkan takbir dengan suara yang keras. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai manusia, berlaku lembutlah terhadap diri-diri kamu kerana sesungguhnya kamu tidak kepada yang pekak dan jauh. Sesungguhnya kamu menyeru kepada (Tuhan) yang maha mendengar lagi maha dekat” (HR Bukhari 7/162 dan Muslim 8/73)

Dalam hadis di atas, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, menegur perbuatan para sahabat yang zikir berjemaah dengan suara yang lantang.

Kemudian dari perkataan para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari hadis

Dari hadits ‘Amr bin Yahya yang menceritakan tentang keadaan Abu Musa al-‘Asy’ari yang datang kepada Ibnu Mas’ud untuk menganjukan satu hal yang ganjil di mana Abu Musa berkata “Wahai Abu ‘Abdirrahman (panggilan untuk Ibnu Mas’ud), sesunggunya tadi aku telah melihat sesuatu yang aku ingkari di dalam masjid, dan -alhamdulillah- yang kau lihat selama ini adalah kebaikan.

Kemudian Ibnu Mas’ud bertanya “Apa itu?”. Abu Musa menjawab “Jika nanti kamu masih hidup nescaya engkau akan melihatnya”. Abu Musa melanjutkan, “Aku melihat di dalam masjid ada sekelompok orang yang duduk membentuk halaqah (lingkaran) sambil menunggu solat. Pada setiap halaqah ada seorang lelaki dan di tangan mereka terdapat kerikil lalu orang itu berkata: “bertakbirlah sebanyak seratus kali, mereka pun bertakbir sebanyak seratus kali.” Lalu orang itu berkata: “Bacalah la Ilaaha Illa Allah seratus kali, lalu mereka pun membaca sebanyak seratus kali. Orang itu juga berkata “Bacalah tasbih sebanyak seratus kali lalu mereka pun membaca tasbih sebanyak seratus kali.”

Kemudian Ibnu Mas’ud dan Abu Musa pergi ke tempat halaqah tersebut lalu Ibnu Mas’ud berkata “Celaka kalian wahai umat Muhammad, alangkah cepatnya kehancuran kalian. Para sahabat Nabi kalian masih banyak, baju beliau belum usang dan bejana-bejana beliau juga belum pecah. Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya, apakah kalian berada di atas satu agama yang lebih benar dari agama Muhammad ataukah kalian mau membuka pintu kesesatan?” (Hadis riwayat ad-Darimi 1/68 dengan sanad yang sahih)

Hadis dari Ibnu Mas’ud ini, adalah dalil yang paling tegas menunjukkan bahawa zikir secara berjemaah dengan penyatuan suara dan lafaz adalah terlarang. Sedangkan jika kita melihat apa yang dilakukan oleh orang-orang yang melakukan hal tersebut tidak lari dari lafaz-lafaz yang memuja dan memuji Allah. Akan tetapi perbuatan ini ditentang oleh Kibarus Shahabah yakni Abdullah Ibn Mas’ud, juga Abu Musa al-‘Asy’ari dan perawi hadis ini ‘Amr bin Yahya. Dan dari atsar yang lain, Umar radiyallahu ‘anhu juga mencela bahkan memukul orang-orang yang berzikir secara berjemaah sebagaimana yang disebutkan di dalam riwayat Imam Ibnu Abi Syaibah.

Lihatlah, bahawa zikir berjemaah juga ada yang dilarang. Lalu zikir bagaimana yang dianjurkan untuk dilakukan secara berjemaah sebagaimana di dalam hadis dari di atas? Hal ini telah dijelaskan oleh para Imam ahlu hadis antaranya:

Imam Nawawi berkata: “Ketahuilah bahawa keutamaan zikir itu tidaklah terbatas pada tasbih, tahlil tahmid dan takbir dan yang sepertinya saja. Bahkan setiap amal ketaatan kerana Allah Ta’ala maka itu juga zikir kepada Allah Ta’ala sebagaimana telah dikatakan oleh Said bin Jubair dan lain-lain ulama” (al-Adzkar ms. 7)

Al-Imam ‘Atha (seorang tabi’in): “Majlis-majlis zikir itu ialah tentang (membahas) halal dan haram, bagaimana caranya engkau menjual, membeli, solat, puasa, nikah, thalaq, haji dan yang sepertinya.” (al-Adzkar Imam Nawawi ms. 7)

Al-Imam at-Thabari berkata: “Majlis ilmu dan zikir yang di dalamnya disebut firman-firman Allah Ta’ala dan Sunnah/hadis Rasul-Nya dan khabar-khabar tentang (kaum) salaf yang shalih dan perkataan imam-imam yang zuhud. Majlis-majlis yang seperti ini telah hilang pada hari ini, dan telah diganti oleh majli-majlis dusta dan seruling-seruling syaitan.” (Shahih Muslim 8/68)

Jadi, majlis zikir yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah majlis (tempat berkumpul dan duduk) yang di dalamnya dibacakan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu majlis ilmu. Kerana di zaman nabi majlis zikir yang dikenal adalah majlis-majlis ilmu, para sahabat Nabi berkumpul di dalam masjid, dibacakan ayat-ayat al-quran berupa perintah dan larangan, lalu Nabi menyampaikan hadis yakni memberikan taujih (pengarahan) kepada sahabat sebagai penafsiran kepada ayat-ayat al-Quran. Dan inilah majlis zikir yang muncul di zaman Nabi dan para sahabat.

Tidak termasuk di dalamnya zikir berjemaah seperti membaca zikir secara berjemaah. Andai kata masih ada sahabat nabi yang masih hidup di zaman sekarang, pasti mereka akan mencela majlis/perbuatan tersebut kerana ianya bertentangan syariat yang turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

1 comment so far

  1. muhammad hafis on

    datanglah lawat blog ana..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: