Sunnatullah bagi para pengikut kebenaran

Sunnatullah bagi para pengikut kebenaran : Pengikut kebenaran senantiasa dicela


Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti pada keadaan permulaan, maka beruntunglah orang-orang yang asing. (HR Muslim)

Rasulullah hadir di tengah masyarakat yang jahil dengan membawa cahaya kebenaran al-Quran. Masyarakat yang berwajah manusia akan tetapi hati yang tak tumpah seperti binatang bahkan lebih teruk lagi. Menanam bayi perempuan hidup-hidup, berjudi, berzina, berperang sesama sendiri, itu semua menjadi rutin masyarakat ketika zaman itu.

Namun, rasulullah diutus oleh Allah dengan membawa kalam rabb-Nya yakni al-Quran telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat yang bengis kepada masyarakat yang penyayang. Sehinggakan muncul wajah-wajah pengikutnya yang sanggup membelanya dengan harta dan jiwa raga mereka seperti Abu Bakar as-Siddiq, isterinya Khadijah dan yang lainnya di awal dakwah beliau di Makkah. Akan tetapi kebenaran yang dibawanya tidak sunyi dari kebencian orang yang membenci. Beliau dituduh sebagai orang gila, ahli sihir, pemecah belah persatuan, dan bermacam lagi tuduhan serampangan yang keji.

Allah menyebutkan di dalam al-Quran perkataan mereka-mereka yang mencela Nabi sebagai orang gila lantas menafikannya dan membela kekasih-Nya : “Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila. (QS. at-Takwir 81:22)

Inilah lumrah pengikut kebenaran yang diketuai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, orang-orang yang mengamalkan ajaran Islam dicela, dicemuh, ditohmah dan berbagai lagi kesakitan yang menimpa mereka dek kerana mereka mengikut kebenaran al-Quran. Beginilah keadaan umat Islam pada permulaan awal kedatangannya dan keadaan ini akan kembali menimpa orang yang berada di akhir zaman, di mana keadaan mereka juga sama seperti keadaan Islam pada awal kedatangannya “dan (Islam) akan kembali asing seperti keadaan pemulaan, maka beruntunglah orang-orang yang asing”.

Maksud perkataan asing di sini ialah: asing kerana mengamalkan sunnah Nabi, seperti mana perbuatan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika dahulunya. Mereka mengamalkan ajaran Islam dan Sunnah beliau kemudian mereka menerima cacian, makian dan tentangan dari para musuh mereka.

Jadi, orang yang mengamalkan sunnah Nabi pada akhir zaman yang kelihatan asing di mata manusia maka merekalah orang yang disebutkan oleh hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam maka ganjaran untuk mereka ialah “beruntunglah” yakni yang membawa maksud kegembiraan dan penyejuk mata sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhu, bagi mereka kebaikan sebagaimana yang dikatakan oleh Qatadah. (Rujuk Shahih Muslim)

Al-ghuraba’ (orang yang asing) pula bermaksud iaitu orang-orang Islam pada awalnya (kedatangan Islam) dan akhirnya yang sabar menerima kesakitan. (Rujuk Tuhfatul Ahwadzi)

Berkata Syaikh al-Qari rahimahullah: yang jelas sesungguhnya mereka itu ialah orang yang berbuat pembaikan (muslihun) terhadap kerosakan yang dilakukan oleh manusia setelahnya (kewafatan Nabi) daripada sunnah-sunnahnya (Rasulullah). (Rujuk Tuhfatul Ahwadzi)

Kerana mereka mengamalkan ajaran Islam yang murni, patuh dan taat pada perintah agama untuk melaksanakan seluruh perintah dan larangan sehinggakan mereka kelihatan asing daripada masyarakat biasa, akhirnya mereka dicela, dipanggil dengan pelbagai gelaran yang mana gelaran-gelaran tersebut membuatkan mereka gembira apabila mendengarkan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam “beruntunglah orang-orang yang asing”. Bagi mereka kebaikan, rahmat, penyejuk mata dan balasan yang agung di sisi Allah kerana ketaatan mereka pada Allah.

Firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (QS. al-Maidah 5:54)

3 comments so far

  1. istilam on

    salam. saya sokong kamu… alhamdulillah

  2. Nawawi on

    Tak jugak weh…

    Dalam Qur’an Allah puji mereka yg mengikuti kebenaran (di atas al-Haq).

    • abuhura1rah on

      oic..mungkin ada yg paham tajuk artikel ni dgn makna, celaan terhadap pengikut kebenaran?!!, kena ubah kot tajuk ni.
      yg nk dimaksudkan dalam artikel ni, betapa pngikut kebenaran ni akan mendapat tentangan n celaan..itu poin utama dia…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: