Orang Wahabi Lebih Mengikuti Sunnah?

Orang Wahabi Lebih Mengikuti Sunnah?

Saat ini kecoh seluruh negara mengenai isu Wahabi. Ada mengatakan mereka sesat sehingga terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jamaah yang menjadi mazhab aqidah bagi umat islam di Malaysia. Tidak kurang juga ada sebagian manusia yang mengatakan bahawa ajaran wahabi ini terkeluar dari mazhab fiqh yang empat seperti mazhab Syafie, Maliki, Hanafi  dan Hanbali.

Saya kira, jika disenaraikan keseluruhan tuduhan sesat ke atas wahabi, mungkin tuduhan-tuduhan tersebut boleh menjangkau berjilid-jilid tebalnya. Kenapa saya katakan ‘tuduhan’? Iya, memang ianya sekadar tuduhan dan tidak lebih dari itu, orang-orang yang mengkritik wahabi menuduh amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’ itu sebagai amalan yang sesat.

Sedangkan apabila kita bertanya kepada mereka, apa definisi wahabi dan kenapa mereka sesat? Rata-rata diantara mereka tidak dapat menjawab sehingga lebih pantas mereka ini dikatakan ibarat burung kakak tua, berkata sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Berhati-hatilah wahai kaum muslimin, janganlah kamu mencela saudaramu, janganlah kamu menyakiti mereka, apatah lagi kamu menuduh sesuatu tuduhan yang memang tidak ada pada diri mereka. Takutlah kamu kepada Allah kerana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Barangsiapa berkata tentang seorang mukmin sesuatu yang tidak ada padanya, Allah akan menempatkannya pada lumpur neraka, sehingga dia keluar dari apa yang telah dia katakan” [Shahih HR Abu Dawud, no. 3597, Ahmad (2/270 dan al-Baihaqi (6/82)]

Dan apabila kamu mengatakan sesat ke atas seseorang sedangkan kamu tidak tahu dasar kesesatan mereka, atau kamu tidak mengetahui apa yang kamu ucapkan itu hasil dari khabar burung (qila wa qola) yakni dengar dan cakap tanpa memeriksa, lihatlah firman Allah ini:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat 49:6)

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi berkata di dalam tafsirnya tentang perkataan

“periksalah; iaitu menetapkan terlebih dahulu sebelum berkata, berbuat dan menghukum.

Agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui; Ditakuti musibah menimpa satu kaum kerana kejahilan daripada kamu.” (Aisar Tafasir tafsir Surah al-Hujurat ayat 6)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan apa yang dia dengar.” (HR Muslim)

Berbalik kepada isu wahabi, mereka ini lebih mengikuti sunnah Nabi berbanding orang yang mencela mereka. Mereka ini lebih mengikuti mazhab Syafie berbanding Syafi’iyah (pengikut mazhab Syafie tegar) dan nasihat para aimmah (imam-imam) di dalam mazhab Syafie.

Buktinya, mari kita lihat perbandingan tuduhan-tuduhan oleh orang yang menuduh dan amalan yang dilakukan oleh para ‘wahabi’.

Tuduhan:

Pertama: Wahabi melarang bertaqlid kepada imam-imam mazhab

Kedua: Wahabi mengharamkan zikir berjemaah/kuat selepas solat

Ketiga: Wahabi mengharamkan membaca bismillah dengan kuat ketika solat jahr (bacaan yang dibaca kuat)

Keempat: Wahabi meletakkan tangan di atas dada ketika solat

Kelima: Wahabi merapatkan kaki-kaki mereka dengan orang disebelah mereka ketika solat berjemaah

Jawapan:

Pertama: Dalam hal agama, segala nya dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. an-Nisaa’ 4:59)

Perktaan ulil amri, dimaklumi maknanya sebagaimana perkataan mufassirin ianya adalah umara’ dan ulama. Sedangkan para ulama berkata antaranya:

Berkata Imam Syafie ketika menasihati salah seorang muridnya: “Hai Abu ishaq, janganlah engkau mengikut sahaja segala apa yang  aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama.” (Mizan al-kubra 1/192)

Katanya lagi : “Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadits Rasulullah, maka berpeganglah dengan hadits tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan (pendapatku).” (Majmu’ Syarah al-Muhazzab 1/63)

Bahkan tidak ada di antara imam-imam mazhab yang mewajibkan setiap orang yang mengikuti mereka untuk bertaqlid tanpa memeriksa hujah yang telah mereka keluarkan.

Berkata Imam Abu Hanifah : “Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami jika mereka tidak tahu dari mana kami mengambilnya.” (Al-Intiqa Fi Fadhail al-tsalatsah al-Aimmah)

Berkata Imam Malik : “Aku hanya manusia yang mana pendapat aku terkadang benar dan terkadang salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Jami’ al-Bayan al-’Ilm 2/32)

Berkata Imam Ahmad: “Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu, janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid. Kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta.” (Mizan al-kubra 1/32)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kedua: Berkata Imam Syafie ketika mengulas hadis dari Ibn Abbas, katanya : “Aku berpendapat sekiranya imam dan makmum bahawa mereka berzikir kepada Allah sesudah selesai solat, kedua-duanya menyembunyikan zikir (perlahankan) kecuali imam itu adalah orang yang harus orang belajar darinya.” Kemudian katanya lagi, “Aku berpendapat bahawa Nabi menguatkan suaranya ketika berzikir supaya manusia dapat belajar darinya.” (Al-Umm Jld 1 ms. 150 –Syamila-)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Ketiga: Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam membaca ”Bismillahirrahmaannirrahim” dengan tanpa mengeraskan suara. (HR Bukhari, Muslim & Ahmad).

Hadis ini menunjukkan ianya sebahagian dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan ianya antara pendapat Imam Hanbali, bagaimana mungkin orang yang melabel sesat kepada orang yang membaca bismillah dengan perlahan sedangkan ianya sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Keempat: Hadis dari Wail bin Hujur radiyallahu ‘anhu, “Baginda meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada”. (HR Ibnu Khuzaimah di dalam shahihnya)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Kelima: Mengenai shaf di dalam solat, berdasarkan kepada hadits dari Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu dia berkata : “Setiap orang merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya dan merapatkan kakinya dengan kaki orang yang disampingnya.” (HR Bukhari no. 722 dan Muslim no. 435)

Dari hadits Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu : “Aku melihat mereka (sahabat) merapatkan bahunya dengan bahu orang yang disampingnya, lututnya dengan lutut orang disampingnya serta mata kakinya dengan mata kaki orang disampingnya.” (HR Abu Daud no. 662 dengan sanad yang shahih)

Jadi, persoalan sekarang siapa yang lebih mengikuti perintah Nabi dan para imam mazhab?

Untuk ini dahulu setakat ini, mudah-mudahan mendapat sedikit sebanyak manfaat..Allahul Musta’an

Abu Hurairah al-Atsary

Kota Kinabalu

10/11/2009

10.30am

29 comments so far

  1. Aziz on

    Assalamualaikum Saudara-ku yang di-rahmati Allah,
    Tulisan saudara membuat hati ku tenang dan bahagia.
    Mudah2han Allah swt memberkati saudara dan keluarga.
    Bahagia-lah di-dunia dan akhirat. Ameen.
    Saudara mu dari Al Khaadem, Selangor

    • abuhura1rah on

      waalaikumsalam…waiyaak
      mudah2an Allah memberkati kita semua..
      ameen

  2. sufi on

    ustaz, ana copy sedikit ustaz boleh yer..
    risau tgk kawan2 di blog lain.nasib baik di blog kalu di luar ana tak tau lah jadi aper..

    • abuhura1rah on

      assalamualaikum..ana bukan ustaz, silakan copy..moga bermanfaat..barakallahu feek.

  3. alberangque on

    Assalam mu alaikum wr wbt
    Sewajarnya kita fahami, bahawa yang menghebohkan perkara ini kerana mereka kurang pengetahuan dan kefahaman tentang Islam. Walau pun mungkin mereka terdiri darai pada orang yang belajar agama.
    Banyak-banyaklah berbincang, berguru, baca buku dan jangan terpengaruh kepada orang.
    Ingat pesan Imam-imam mazhab yang empat
    Dia tak suruh ikut dia, kalau kita jumpa hujah dari Quraan dan Sunnah yang lebih tepat..
    Sifat para imam mujtahid ini sentiasa merendah diri bukan tunjuk mereka lebih pendai walau pun telah bertaraf imam mujtahid. Sebaliknya kita baru baca satu dua buah kitab rumi dah nak keluar fatwa itu dan ini….
    Semoga kita dilindungi Allah dari segala kelemahan dan persengketaan..

  4. sufi on

    tak tau nak panggil aper..huhu

  5. sufi on

    waalaikumussalam,terima kasih

  6. Nawawi on

    jom berzikir selepas solat. Orang Wahhabi tak nak berzikir, itu dia punya pasal!

    Link zikir secara sunnah:

    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/05/098-zikir-zikir-selepas-solat-fardhu.html

    • abuhura1rah on

      siapa bilang orang wahabi tak mau berzikir?
      insyaAllah nnt saya uploadkan etika berzikir selepas solat..

  7. saniah hj ahmad on

    salam alaik…

    semoga allah merahmati usaha saudara…ana mohon untuk copy maklumat y ada…begitulah fitnah akhir zaman…perkara y betul dianggap pelik….wallahu a’lam.Jzkl..

    • abuhura1rah on

      wa’alaikumsalam..
      mudahan2 Allah memberkati kita semua dan memberi petunjuk kepada semua, Allahummahdina as-siratal mustaqim..
      fitnah sentiasa berlaku, lagi2 akhir zaman, dimaklumi dgn tersebarnya kebodohan, bid’ah dan du’at ‘ala abwabi jahannam..ashaghir, luka’ bin luka’, ruwaibidhoh,
      dan sunnah akhir zaman, orang yang mengamalkan islam dianggap asing..hal itu dimaklumi.
      silakan copy..moga bermanfaat

  8. 4sedulur on

    Ramai orang tahu tentang agama tapi tak faham agama, tu yang jadi haru biru

  9. andre on

    Tapi yang membahayakan dari wahabi adalah aqidahnya yang mujassamah penerus dari mazhab mujassamah hanabilah abad ke empat dan kelima dan pengikut mijassamah Ibnu Taimiyah, mengi`tikadkan adanya Allah memiliki tempat, memiliki tangan, mata tumit dan yang lainnya, kebodohan orang wahabi adlah mereka tidak tahu bahwa mereka itu bodoh dan angkuhm sebab tidak tidak memiliki qualiti untuk berijtihad tapi berijtihad

    • abuhura1rah on

      anda berkata tanpa bukti, buktikan bahawa wahabi mengatakan Allah memiliki tempat? apa benar wahabi mengatakan sebegitu?

  10. andre on

    mengenai hadit yang mengajarkan tentang menyaringi suara ketika berzikir, siapa yang ikut siapa? bukankah kamiyang bermazhab Syafi`i yang ikut hadits yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas didalam Soheh Bukhari dan Muslim : Bahwa menyaringkan suara ketika berzikir selepas shalat fardhu sudah ada pada zaman Rasul, hadits soheh Bukhari no :841.
    dari hadits ini boleh kita katakan:
    1 – tidak boleh lari dari nas yang soheh yang terdapat didalam hadits diatas.

    2 – Kenapa wahabi petik kata-kata Imam Syafi`i bukan petik dari kata-kata sahabat yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut.

    3 – Kata-kata Imam Syafi`i bukan memberi makna haramnya berzikir dengan nyaring, pemilik blog ini tersalah mengartikan atau tidak faham dari kata-kata Imam, beliau hanya lebih menyukai berzikir dengan cara perlahan, saya cadang penulis lebih berhati2 dalam menukil dan mengartikan, fahamkan betul2 kata2 imam Syafi`i, atau saudara tak pandai mengartikan atau mengikuti terjemahan orang indon yang wahabi, saya cadang kalau mau baca kihat buku asalnya, bukan terjemahan

    4 – sepatutnya jika hadits tersebut sudah jelas maksudnya, dan terang tujuannya kita mesti memegangnya, bukan mendahulukan kata2 orang selain nabi.

    5 – Kenapa wahabi menolak hadits yang telah kami sebutkan diatas, boleh kuwalat menolak perbuatan nabi.

    6 – Dari nas hadits boleh kita lihat bahwa bukan saja nabi yang mengangkat suara ketika berzikir tetapi para sahabat juga menyaringkan zikirnya sebab didalam ungkapan Ibnu Abbas tidak secara langsung menyebutkan nabi tetapi beliau mengatakan bahwa menyaringkan suara terdapat pada zaman nabi.

    7 – Kalau pada zaman nabi adalah tujuan nabi mengajarkan zikir dengan suara nyaring, maka pada zaman sekarang ini kita lebih berhajat untuk mengajarkan umat berzikir dibanding sahabat pada masa nabi yang mereka memiliki iman dan amal yang lebih kuat dibandingkan kita, karena kita pada sekarang ini lebih condong dengan urusan dunia dan sibuk dengan urusan sahwat belaka, jelas kita lebih berhajat agar umat tahu berzikir.

    jika saudara lebih mementingkan kebenaran dari ikut-ikutan maka lihat dan pikirkankah kata2 saya dengan pandangan yang jernih, tetapi jika saudara lebih mendahulukan kefanatikan terhadap ajaran wahabi maka anda akan mendahulukan ajaran tersebut dan tidak mampu memikirkan kata2 saya dengan penuh tenang dan memikirkannya.

    • abuhura1rah on

      1 – tidak boleh lari dari nas yang soheh yang terdapat didalam hadits diatas.

      2 – Kenapa wahabi petik kata-kata Imam Syafi`i bukan petik dari kata-kata sahabat yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut.

      memang benar ada nas yang menyebutkan waridnya zikir dgn nyaring di zaman nabi. dan apa yg anda katakan mengenai kita pelu melihat kepada perkataan sahabat Nabi sendiri adalah benar. baik, ttg masalah zikir jama’ie, bukan saja imam syafie, para sahabat Nabi sendiri yang menyampaikan hadis ini tidak mengamalkan secara terus menerus seperti kita di zaman skrg. bahkan ada riwayat dari para sahabat nabi yang mencela orang yang melakukan hal2 yang baru. saya bawakan hadist dari Amr bin Yahya di dalam sunan ad-darimi, hadist kisah umar memukul orang-orang yang berdoa secara berjamaah hal ini ada di dalam riwayat dari Ibnu abi syaibah.

      kalo apa yg anda katakan kita perlu melihat perkataan para sahabat, nah para sahabat mencela orang yang melakukan perkara yang baru. jadi, jika pedoman anda adalah para sahabat, jgn lakukan perkara yang baru.

      kemudian, para sahabat yang berada di zaman nabi yang melakukan zikir secara jamaie, adakah mereka terus menerus lakukan sedemikian seperti kita hari ini?

      jika pedoman anda adalah para sahabat, lakukan hal sama seperti mereka.

      sepatutnya jika hadits tersebut sudah jelas maksudnya, dan terang tujuannya kita mesti memegangnya, bukan mendahulukan kata2 orang selain nabi.

      jika kita perlu berpegang dengan hadist dan akhirkan perkataan selain dari nabi, makanya pegang hadist ini dan jgn dahulukan perkataan orang selain dari Nabi “barangsiapa yang melakukan sesuatu perkara yang bukan dari ajaran kami maka ia tertolak” (HR Bukhari), kemudian “setiap perkara yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah adalah sesat” (HR Timidzi)

      sebagian orang berargumen dengan perkataan im

      am syafi’i untuk mengatakan bahawa wujud bid’ah hasanah dalam arti yg mereka maksudkan adalah boleh saja beramal tanpa perlu mengikut teladan dari nabi, saya kira anda juga berpegang dengan kata2 anda tadi supaya menomor duakan perkataan selain nabi jadi jgn lakukan bid’ah.

      lagi, dalam hal ini bukan saja dari perkataan imam syafi’i, bahkan telah ada banyak riwayat dari nabi yang menerangkan jeleknya bid’ah, perkataan para sahabat yang juga menunjukkan hal yg sama. (insyaAllah akan saya bawakan dalil2 nya di dalam posting yang akan datang)

  11. bayu200687 on

    salam kenal sahabat. nikmat sekali membaca ilmu di blog ini…

  12. asrarqulub on

    Assalamu’alaikum wth…
    Terima kasih atas lawatan ke blog saya…
    Let speak out loud, through action and lead the way… Enjoy to read your blog…

    • abuhura1rah on

      wa’alaikumsalam…
      terima kasih juga kerana melawat blog ini..
      barakallahu feek

  13. Abu Danish on

    Anta wahabi ke syeikh?

    • abuhura1rah on

      wahabi tu mazhab ke apa? ana bermazhab syafie sbb belajar kitab2 syafi’iyah, kalo ibadatnya ana beramal dgn hadis2 yg sahih tak kira dari syafie, hanbali, hanafi dan maliki..aqidah pulak ikut mazhab salafus soleh. jadi nk kira kategori apa tu?

  14. Abdullah on

    Assalamu’alaikum warahmatullah,

    Teruskan perjuanganmu akhi, kita tumpaskan segala bentuk kesyirikan, kebid’ahan , khurafat & perilaku yg tdk pernah di contohkan oleh para Salafus Shalih. Selamatkan saudara2 kita kaum muslimin menuju ke manhaj yg benar biidznillah. Sampaikan salam ana buat guru2 kita di sana smg Allah memberikan kekuatan dlm mentarbiyah umat & kesabaran.

    Bagi pengkritik berbicaralah ats dasar ilmu, bukan dgn hawa nafsu & kejahilan, datangkan hujjah jika kalian benar.

    Wassalam
    dari saudaramu di negeri seberang
    Baarakallahu fiik

    Abdullah

    • abuhura1rah on

      wa’alaikumsalam warahmatullah,
      mudah2an allah berikan kemudhan kepada kita semua untuk bermar makruf nahi mungkar..
      kewajipan bagi orang yang tau utk menyampaikan..
      hidayah urusan Allah, kita hanya menyampaikan dan berusaha..
      insyaAllah ana akan sampaikan salam enta utk guru2 dan ikhwan di sini..
      buat masa sekarang belum bisa masukkan entri baru…
      insyaAllah kalo enta ada apa masukan, kirim aja sama ana..
      syukron akh atas motivasinya..
      waiyyaka barakallah..

  15. coroayu on

    assalamu’alaikum
    tambahan artikel untuk menjelaskan apa itu wahabi

    http://salamislam.files.wordpress.com/2009/11/apaituwahabi.pdf

    jazakallah khairon

    • abuhura1rah on

      wa’alaikumsalam
      syukron akh atas infonya..
      barakallahu feek

  16. MyCaliph on

    Bismillah..
    Asalamualaikum..
    Berbicara pasal isu Wahabi ini takkan habis sampi kiamat pun.. Ya Abuhura1rah.. ana pgkaji wahabi.. namun begitu ana mash tak berani nak sebut pasal wahabi… cume sedikit pandangan… Wahabi tak salah dan orang yang mengikuti mazhzb pun tak salah.. sebenarnya kita tidak boleh panggil wahabi ni sebagai wahabi…tapi kite kena pnggil sebagai muhammadi.. Kenapa??? nanti lah ana jelaskan.. bermula kisah dr ibnu taymiyyah… mengatakan bahawa kita tidak boleh mentakwil Allah.. Seperti ayat mutasyabihat “tangan Allah di atas tangan-tangan mereka” Maka, ibnu Taiymiyyah mengatakan bahawa tangan Allah adalah tangan yang selayaknya dengan Allah.. Tidak ada yg sama tangan dgn tangan manusia. Apabila Kenyataan ini semakin diguna pakai maka berlakulah satu salah faham dimana ada yang menganggap bahawa Allah mempunyai tangan spt tangan manusia.. sekiranya jika kita belajar tauhid ini adalah perkara yang haram dan sesat krn menganggap Allah mempunyai tangan spt tangan manusia. Oleh itu, imam Syafi’e menta’wil ayat mutasyabihat ini dengan menggantikan “tangan” sebagai “kuasa”. Dari itu tidak berlaku masalah sesat itu tadi. Apa yang berlaku hari ini adalah orang yang mengaku dirinya sebagai wahabi mennyalahkan orang lain yang bertaklid kpd mazhab sedangkan dia juga bertaklid kpd wahabi tanpa mengkajinya dahulu. Sebut psl imam adakah wahabi mempunyai imam..? Sedangkan kalau kita lihat imam salaf sudah pun tiada pada abad yg lalu lagi.. Pengasas wahabi iaitu Abdul Wahab merupakan orang yang cuba mengikis perkara-perkara khurafat pd zamannya.. dan apa yang dibawanya tidak salah sama sekali. Namun pengikutnya terlalu extreme melebihinya sehingga terhakisnya mazhab.. Mazhab sebenarnya satu kronologi ibadah, fiqh, tasawuf dan usuludin yang disusun mengikut hadith2 dan sunnah Rasulullah S.A.W.
    Kita lihat bagaimana imam syafi’e dan imam2 yg lain mengembara demi mencari ilmu.. Dari sejarah imam2 tersebut mencerminkan jernihnya kualiti ilmu dan amal yg mereka susunkan untuk ummat yg akan tiba.. Usaha mereka tak mungkin mampu kita ulangi.. yng kita perlu adlah dgan mempelajari ilmu mereka dgan sebaik-baik niat yang ikhlas dan bkn shja bertaklid.. Bertaklid hanya jtuh hukumnya pada org yang mempelajari agama secara ijmal(ringkas) sbgi contoh Org dlm bidg medic, engineer, bussiness dan sebagainya..namun begitu mereka juga harus faham atas ilmu agama mereka.. madha yakni intima’ al-islam.. banyak lagi perkara yang saya boleh huraikan.. namun penulisan ini dan ilmu ini masih belum mantap.. apa pun ana gembira bertemu dgn blog anta ya abuhura1rah.. secara konklusinya.. wahabi tak salah dan yang mengikut mazhab pun tak salah.. jd jgn duk pening sgt dgan masalah ini.. byk lagi masalah akhlak dan aqidah yang lain yg boleh kita diskusikan bersama. sila lah ke blog ana http://www.fisabili.blogspot.com.
    Salam A’laik..
    maasalamah ilalliqa…

    • abuhura1rah on

      wa’alaikumussalam..afwan kerna baru bisa dibalas msg enta..
      iya, ada beberapa perkara yang benar dari tulisan enta, cumanya ana inginkan kepastian dari segi statement enta,
      Oleh itu, imam Syafi’e menta’wil ayat mutasyabihat ini dengan menggantikan “tangan” sebagai “kuasa”. ”
      enta masih mengkaji begitu juga ana, jadi kita sama2 bawakan hujah dan bukti kajian kita, ana mencari2 juga kalo2 benar imam syafie ta’wil tangan kepada kuasa.

      kemudian, “Maka, ibnu Taiymiyyah mengatakan bahawa tangan Allah adalah tangan yang selayaknya dengan Allah.. Tidak ada yg sama tangan dgn tangan manusia. Apabila Kenyataan ini semakin diguna pakai maka berlakulah satu salah faham dimana ada yang menganggap bahawa Allah mempunyai tangan spt tangan manusia.. sekiranya jika kita belajar tauhid ini adalah perkara yang haram dan sesat krn menganggap Allah mempunyai tangan spt tangan manusia

      tentang hal sifat2 allah, terlalu panjang untuk ana jelaskan di sini, cuma ada 2 pemahaman yang dapat diambil daripada tulisan enta ini, pertama, Allah mensifati diri-Nya dan kita menerima sebagaimana yang disifatkan tanpa menyamakan sifat-Nya seperti kita, cth tangan Allah tidak sama dengan tangan manusia. kedua, berlaku salah faham timbul dari kaedah yg salah, sedangkan kaedah yg dibawakan oleh ulama salaf terdahulu difahami, dan disepakati kebenarannya, persoalan jika ada orang yg mengatakan bahawa tangan Allah seperti tangan manusia sebenarnya bukan berasal dari kaedah yg dibawa oleh Ibnu Taimiyah maupun muhammad bin Abdul wahab. mungkin sdra boleh melihat kembali pernytaan mereka tentang sifat2 Allah, pasti akan jelas bahawa mereka menafikan sifat Allah sperti makhluk.

      saya sukakan sifat saudara yg terbuka dalam mengkaji dan menerima satu2 pendapat, mungkin kita boleh berkonsi lagi dengan lebih detail bahan2 dan ilmu, dan akhir sekali, saya tidak menyalahkan orang2 yg berpegang kepada mazhab maupun menghukum individu dan ini sepatutnya sikap setiap muslim saya menyatakan hal ini supaya tidak ada yg tersalah anggap..

      Allahu a’lam..barakallahu feek

  17. harries on

    assalamualaikum.ana cukup gembira baca blog semacam ini(tentang agama).ana juga dari sabah(sipitang)

    • abuhura1rah on

      waalaikumussalam..
      owh sipitang, insyaAllah kalu free mungkin kita boleh berjumpa..
      sy di KK..dekat dgn UMS


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: