Riwayat hidup Imam al-Baihaqi -rahimahullah-

Riwayat hidup Imam al-Baihaqi -rahimahullah-

Beliau adalah al-Imam al-Hafidz Abu Bakar Muhammad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Khusrujardi al-Baihaqi. Lahir pada tahun 384H di bulan Sya’ban di Khusrujard. Beliau seorang imam di zamannya, pemilik karangan kitab yang bermutu.

Beliau mengambil ilmu dari dari banyak para ulama yang berbeza-beza antaranya al-Imam Abul Hasan bin Muhammad al-Husain al-Alawiy yang dikira sebagai sebagai guru beliau yang terbesar. Kemudian, Abu Thahir az-Zayady, Abu Abdillah al-Hakim pengarang kitab al-Mustadrak ‘ala ash-Shahihain, Abu Abdurrahman as-Sulamy, Abu Bakar bin Furak, Abu Ali ar-Rudzabari di Khurasan, Hilal bin Muhammad al-Haffar, Ibnu Bisyran dan sekelompok ulama Baghdad. Beliau juga pernah menduduki halaqah ulama yang lain dari ulama-ulama antaranya Makkah, Kuffah dan dianggarkan lebih seramai seratus Syaikh.

As-Subki berkata, “Adalah Imam Baihaqi merupakan salah satu dari imam-imam orang-orang muslim, para guru orang-orang yang beriman, para dai yang mengajak pada tali Allah yang kukuh, beliau merupakan ahli fiqh yang agung, seorang hafidz yang besar, seorang ahli ushul yang berkemampuan, seorang tokoh yang zuhud dan wara’, penuh taat kepada allah, seorang yang menjadi tokoh penyebar mazhab dalam ushul dan dan furu’, gunung dari gunung-gunung ilmu.

Imam al-Haramain Abul Ma’aly berkata, “Tidak ada dari pengikut Imam Syafie kecuali Imam Syafie memiliki anugerah kecuali Abu Bakar al-Baihaqi, sesungguhnya beliau memiliki anugerah di atas Syafie kerana karangan-karangannya dalam menyebarkan madzhabnya.

Berkata Abdul Gaffar al-Farisiy an-Naisabury dalam ‘Dzail traikh Naisabury’, “Abu Bakar al-Baihaqi al-Hafidz al-Ushuli seorang yang tekun beragama dan wara’, terunggul di zamannya dalam hafalan, orang yang laing teliti dan cermat di antara teman-temannya, sahabat terbesar dari al-Hakim yang mengunggulinya dengan bermacam-macam ilmu, beliau menulis hadis dan menghafalnya dari mulai kanak-kanak, alim dalam ilmu fiqh dan melampaui yang lainnya serta menguasai ilmu ushul. Beliau pergi ke Iraq, Hijaz kemudian mengarang kitab yang karangannya mencapai ribuan juz yang belum pernah ada sebelumnya mencapai jumlah tersebut, mengumpulkan antara ilmu hadis dan fiqh, menjelaskan kelemahan-kelemahan hadis. Para ulama meminta beliau berpindah dari Nahiyah ke Naisabur untuk mendengarkan kitabnya. Kemudian beliau mendatangi mereka pada tahun 441H dan mereka mendirikan majlis ta’lim untuk mendengarkan pengajian kitan al-Ma’rifah di mana majlis ini dihadiri oleh para ulama. Beliau juga karakter yang berjalan di atas sirah para ulama yang selalu menekankan kemudahan, dan selalu memperindah perilaku zuhud dan kewaraannya. (al-Muntakhab min Kitabis Siyaq Litarikh Naisabur biografi no. 231 –Syamilah-)

Imam Adz-Dzahabi berkata, “Jikalau Imam baihaqi membuat mazhabnya tersendiri baginya maka dia mampu melakukannya kerana keluasan ilmun yang dimilikiya dan penetahuannya terhadap masalah ikhtilaf.”

Beliau juga berkata, “Pada hari-hai terakhir hidupnya beliau berpindah dari Baihaq ke Naisabur untuk mengadakan pengajian tentang kitab-kitab karangannya kemudian ajal mendatangi beliau pada 10 Jumadil Ula tahun 458H kemudian beliau dipindahkan dengan Tabut (keranda) ke negerinya dan dimakamkan di sana, semoga Allah merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas, menenangkannya dan membersihkan jenazahnya.”

Beliau telah meninggalkan ribuan kitab, diantaranya ada yang besar dan berjilid-jilid dan ada pula yang kecila dalam satu jilid atau berbentuk risalah. Karangan beliau yang terkenal adalah, as-Sunan al-Kubra, Syu’abul Iman, Dalailun Nubuwah, al-Asma wa Sifat, al-Mabsuth, ad-Daawat al-Kabiir, ad-Da’wat as-Shaghir, al-Ba’ats wan Nusyur, az-Zuhdu al-Kabiir, al-Arba’un al-Kubra, al-Arba’un as-Shugra, al-Adab, al-I’tiqad Fadhailus Shahabah, Manaqibul Imam Ahmad bin Hanbal, dan Manaqib asy-Syafie. (Dinukil dari 77 Cabang Keimaman, Tahqiq Syaikh AbdulQadir al-Arnauth)

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: