Belajar aqidah susah?

Belajar aqidah susah?

“Apa ni belajar aqidah? Takde topik lain ke, asyik-asyik aqidah?, susahlah belajar aqidah!!” (Petikan kata-kata dari orang ramai)

Rasanya jika nak di-listkan seluruh subjek agama seperti fiqh, tafsir, hadis, aqidah, dakwah dan kemudian kita membuat undi antara banyak-banyak subjek di atas, mana yang paling susah nak faham, pastinya ramai yang memilih AQIDAH.

Betul ke belajar aqidah susah?

Adakah susah belajar untuk mengenal Allah? Kalau pun susah, apa yang kita akan lakukan jika sesuatu yang berharga itu hanya boleh didapati dengan menempuh jalan yang susah?
Baiklah, kita ‘terima’ dulu pendapat orang-orang yang mengatakan belajar aqidah susah. Semoga dengan beberapa dalil yang dikemukan dapat meringankan kesusahan mereka untuk belajar aqidah, insyaAllah.

Mari kita lihat dahulu definisi aqidah :
Iaitu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya sehingga menjadi suatu keyakinan yang teguh dan kukuh yang tidak dicampuri dengan keraguan dan kebimbangan. (Intisari Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ms. 34)

Keyakinan yang dimaksudkan di sini adalah keyakinan dengan Ketuhanan Allah (Rububiyah), Wajib menyembah Allah (Uluhiyah), dan nama dan sifat-sifat Allah (Asma Wa Sifat). Juga segala khabar yang datang dari al-Quran dan melalui lisan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Para sahabat Nabi dahulu, belajar aqidah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selama 23 tahun. Dari mula dakwah Nabi sehingga Nabi wafat. Setelah itu mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan, Rabb yang mentadbir alam, yang menghidupkan dan mematikan, yang memberikan rezeki, makan dan minum kepada makhluk-Nya dan Dia pula yang berhak untuk ditakuti, berhak untuk diagungkan, dan berhak untuk mendapat pujian sebagai Ilaah (yang berhak disembah). Disebabkan semua ini mereka sanggup berjuang dengan Nabi sehinggakan sebahagian dari mereka syahid, mati di jalan Allah.

Inilah teladan generasi terbaik yakni para sahabat. Apa yang membuatkan mereka termotivasi sedemikian? Jawapannya kerana pengetahuan (makrifat) mereka terhadap Allah terlalu tinggi, keyakinan mereka terhadap kebenaran al-Quran, keyakinan mereka terhadap Islam, keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah semuanya itu membuatkan mereka menempuh jalan ‘kesusahan’. Sehingga Allah memasukkan ke dalam hati mereka kecintaan pada iman dan kebencian pada kekufuran dan maksiat. Sebagaimana firman Allah :

“tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,” (QS. al-Hujurat 49:7)

Imam al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya ayat:

menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan: yakni Allah menjadikan kamu cinta kepada agama,
menjadikan keimanan itu indah: yakni memperelokkan (iman),
indah di dalam hatimu: sehingga kamu memilihnya dan kamu mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Tafsir al-Baghawi 7/339)

Jika benarlah sedemikian susahnya belajar ilmu aqidah ini, maka saya memilih jalan yang susah ini untuk mencapai derajat seperti para sahabat radiyallahu ‘anhum ajma’in -bi iznillahi ta’ala-.

Syaikh Abdul Hamid al-atsary berkata : Ayat-ayat al-Quran yang turun di Makkah selama 13 tahun menerangkan tentang permasalahan yang sama tidak lagi berubah, yaitu masalah aqidah dan tauhid kepada Allah Ta’ala serta ibadah kepada-Nya. Berangkat dari aqidah dan kepentingannya, maka Nabi di Makkah tidak menyeru kecuali hanya kepadanya, dan senantiasa mendidik para sahabatnya di atas aqidah tersebut. (Intisari Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ms. 63)

Oleh kerana mereka terdidik dengan aqidah yang diajarkan oleh nabi selama 13 tahun dan melalui subjek yang ‘susah’ ini, Allah memuji dan menjadikan iman itu indah di dalam hati mereka. INILAH YANG PALING BERHARGA!

Kalau ada yang berkata susah untuk memahami aqidah, maka tidak keterlaluan untuk kita katakan orang ini pembohong!! Sebab aqidah yang diajarkan oleh Nabi sangat mudah untuk dicerna, semuanya berasaskan kepada al-Quran dan hadis. Mustahil Allah menurunkan sesuatu yang susah untuk difahami. Firman Allah “Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah” (QS. Thahaa 20:2)

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (QS. al-Qamar 54:17)

Mungkin yang dimaksudkan adalah susah dari segi memahami istilah dan perbahasan-perbahasan, yang perlu dimulai dengan menerangkan beberapa contoh atau pengenalan untuk memudahkan pemahaman.

bersambung….

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: